Friday, October 30, 2009

Munajat Seorang Hamba

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Hijjaz

Belaian Ibu

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Hijjaz

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hijjaz

Hembusan Kasturi

Seindahnya pelangi cantik
Mewarnai bumi
Menghiasi pentas dunia ini
Yang dulu kehilangan sinarnya

Selembutnya suara merdu
Menusuk di jiwa
Mengalunkan kata-kata hikmah
Membajai kekuatan diri

Tapi kini bertaburan
Titik noda-noda hitam
Berkeliaran di persadar kesenian
Menutur nista yang membimbangkan
Semuanya yang akan memandang
Kucuba mewarnainya kembali
Alunan suci yang abadi
Semerdu kalam Mu Ya Illahi
Memberi ketenangan di hati
Seindah sabda dan selawat nabi
Sunnah rasul contoh buat diri
Melengkapi kehidupan insani

Selembut bayu hembusan kasturi
Seindah cerianya suria pagi
Sedamai hati memuji Illahi
Bagaikan di taman firdausi

Seharumnya wangi kasturi
Oh… tiada terperi
Harum baunya menghiasi diri
Dari hati kan jatuh ke hati
Pastinya dari hati yang bersih
Itulah hembusan kasturi

In-team

Rabi'atul Adawiyah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai baying-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar

Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

In-team

Kerlipan Cinta

Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ….

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya …
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

Rabbani

Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

Saujana

Dambaan Kasih

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu¡­ Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

In-team

Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergaadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Now See Heart

Ranjau Menawan

Gerak Langkahmu Memikat Hati
Lirik Senyum Manis Sekali
Namun Kini Aku Menyedari
Ia Adalah Ranjau Berduri

Yang Semestinya Daku Lalui
Untuk Menguji Iman Di Hati
Setinggi Mana Ketaqwaan
Sekuat Mana Keimanan

Janganlah Kau Cuba Menggoda Diriku
Membuang Waktu Dan Tenagamu
Cintaku Hanya Cinta Abadi
Cinta Allah Allahurabbi

Allah Ya Rahman Allah Ya Rahim ( 3X )

Senyumanmu Itu Racun Berbisa
Menggugat Naluri Menggoda Jiwa
Walau Rupamu Amat Menawan
Namunku Tetap Pilih Yang Beriman

Now See Heart

Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani,
Teguh imanmu walau tersembunyi,
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri,
Namun cintamu untuk Ilahi.

Engkau masih isteri yang sejati,
Ketika suami di murka Allah,
Istana bukan penjara nikmat yang alpa,
Sinar imanmu tak kelam permata,
Kau miliki jiwa hamba,
Walau di sisimu singgahsana.

Sejarah Asiah telah membuktikan,
Iman bukanlah penjara di jiwa,
Yang selamanya bersembunyi,
Tapi kemerdekaan yang hakiki,
Yang punya wajah dan jua rupa,
Akhirnya imanmu bersuara,
Lantas kau dipenjara dan di seksa,
Oleh suamimu yang dihina.

Di kejauhan istana keangkuhan,
Menggamit mata sayunya di jiwa,
Namun hatimu tak sudi ke sana,
Iman dan akidah lebih utama,
Ratu syahadah lalu bermadah,
Oh tuhan binakan istana untukku,
Walaupun di dunia ku disiksa,
Namun tak terbayar nikmat di syurga.

Oh Asiah kau merubah rencana,
Bila tanganmu menyentuh bayi,
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil,
Lembutmu mematahkan keangkuhannya,
Firaun merancang kau menghalangnya,
Musa terbuang jadi terbilang.

In-team

Terima Kasih Guru

Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang

Saujana

Sumaiyah (Hati seorang mujahidah)

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah

Hijjaz

Sebelum Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Hijjaz

Rintihan

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman…
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima…

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

Hijjaz

Puteri Ku Sayang

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Hijjaz

Odei Anak

Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah mati yama no megentian dika
Odei anak nokeilah ko idaah
Nasusah tomod yamamu minaganak dika

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya
Ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu

Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi

Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu

Kini kau dewasa, ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Syurga itu di bawah tapak kakinya

Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang soleh
Bisa mendoakan hari akhiratmu

Raihan

Sebenarnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Raihan

I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu

Raihan

Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

Mestica

Menanti di barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Far East

Thursday, October 29, 2009

Syair Cinta Robi'atul Adawiyah

Aku cinta padaMu kerana 2 sisi cinta,
Cintakan diriMu dan cinta kerana diriMu patut dicintai,
Aku cinta akan diriMu,
Aku selalu mengingatiMu, bukan selainMu,
Adapun cinta kerana Engkau patut dicintai,
Aku tidak mengetahui alam sebelum tahu diriMu,
Tiada puji dalam hal ini dan itu bagi diriku,
Segala puji dalam hal ini dan itu bagi diriMu..

aLam FaNa

Jariku menari-nari membilang hari,
mataku merayau-rayau mencari sinar haqiqi,
diriku meniti masa,
hatiku berbolak balik minta ditetapkan..

Ah, perjalananku masih panjang,
Mana mungkin ku perlekehkan dengan hubbud dunya,
kerana angkara cintanya,
aku terseksa dan terluka,
Dengan gurisan dan calaran janji Tuhan..

Aku hampir tersungkur di pangkuannya,
kaki berpijak mencengkam lemah,
Bisa tergelincir kemudian hari,
namun, ku bekalkan naluriku dengan ma'rifatullah,
tunjang ketaqwaan dan keimanan..

ku singkir cinta padanya,
ku pupuk rindukan Kholiq,
kerna ku tahu dariNya aki diciptakan,
kepadaNya aku dikembalikan,
dimamah cacing tanah ,
disuntik bisa kala jengking,
dikerumuni binatang seni berbisa,
dihimpit penghadang tanah,
ditimbus tanpa kenal erti belas kasihan..

oh Tuhan, ku mohon dilapangkan kuburku,
sinarilah kuburku dengan nurMu,
Usirlah kejahatan mendatang dariku,
hati ini merintih kerna rindukan janjiMu,
Buat mujahidah sejati, mujaddid Islami..

Walau jiwa ini dikasari,
walau diri ini dikongkong dusta duniawi,
Aku mula cintakan Tuhan,
kerna aku yaqin kata-kataNya..

Tuesday, October 27, 2009

6 perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, Dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (Ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri Dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, Dan tidak Ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah Dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, Dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam Dan dosa mereka pun besar juga..

Maka demi kemuliaanKu Dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya Dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga IA merasa letih Dan lemah Dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon Dan dia sujud kepada Allah SWT lalu IA berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun Dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 Kita fikirkan Dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W...T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) Hari kiamat di dalam semua Hari.


Semoga Kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
Mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia....

Ikhlas Dari ku

aku bukan seperti engkau sangkakan,
pura-pura di dalam berjuang,
aku tidak pandai menyulam rasa,
juga tak pandai ku bermadah pujangga...

jika ada benci di hati,
oh katakanlah pada ku,
relaku terima walau kutukan,
asalkan aqidah terjaga,
kerana tidak sanggup lagi,
mempermainkan dustur Illahi...

Tuhan, ku mohon keampunan,
keterlanjuran yang berulang kali,
Oh teman, kita patrikan di sini,
Berakhir sebuah lamunan duniawi,
Terima syukur taufiq Illahi.....

akhil khay

Sunday, October 18, 2009

EmaS ku CiTa

Mencari emas yang hilang,
Bersinarkah ia kembali,
Di bawah terik mentari..

Kerna itu aku lupa,
Bahan yang takat leburnya terlalu tinggi,
Sudah pasti bertahan di bawah suhu yang hanya menjangkau 40 darjah..

Kerna itu aku lupa,
Mengabaikan emas yang hilang,
Terus hilang dari pandangan mata,
Sedang nilai nya tidak terusik walau sedikitpun..

Kerna itu aku lupa,
Terus membelakanginya walau hanya terselindung di sebalik habuk yang tebal..

Kerna itu aku lupa,
Sedang si papa kedana sibuk mencarinya di bawah timbunan sampah sarap,
Kerna tahu menilai harganya,
Lebih dari orang yang pernah memilikinya..

Aku sememangnya tamak,
Kerna air di rumput ku lihat berkilauan,
Ku tinggalkan emas yang kusam,
Walau ia mampu digilap kembali..

Kealpaan dan kerakusan melewati lembah-lembah kemewahan,
Di balik kesepian dan kesangsian memukau,
Segala-galanya menjadi kosong tiada makna..
Keazaman yang rapuh,
Ketabahan yang dicari,
Membuatkan aku kadang-kadang lemas,
Apabila segala yang dicita tidak mampu dicapai..

DamBaan Kasih

Apabila berkasih kadang-kadang kita terlupa pemilik Cinta yang Agung,
Apabila bercinta kadang-kadang kita hanyut dalam khalayan,
Banyak berangan, jarang berdoa.


Betapa alpa hamba yang menagih cinta insani,
Yang membuat hamba hanyut,
Dalam gelombang maksiat penuh nista.
Astagfirullah…astaghfirullah..


Keluhan hamba yang malang,
Terasa diri dicaci dan dikeji,
Kerana cinta tanpa batasan.

Ya Allah, dorongkanlah cinta ini dalam rahmat Mu,
Bantulah hamba-hambaMu, ana dan B terus berada dalam RahmatMu..
Ana merindui cinta sejati yang mendorong cintaku terhadapMu..

RealiTi atau FanTasi

Mengejar bayang-bayang..
Mungkin kah satu realiti atau fantasi..
Bayang-bayang atau angan-angan..
Impian atau hasrat……
Mengecap kejayaan atau mengejar kejayaan..

Angan-angan yang panjang,
Impian yang terpendam,
Bermaknakah impian tanpa usaha,
Bermaknakah impian dengan bermenung sendirian,
Bermaknakah kata-kata tanpa penghayatan di jiwa….

Keringat yang mengalir mana mungkin setanding dengan mereka,
Mereka yang mengasah hujung pedang memartabatkan agama,
Mereka yang berjaga malam, pendek tidurnya,
Mengharap keredhoan Allah dalam usaha mereka..

Aku yang mudah mengeluh panjang,
Usaha pendek sejengkal tak sampai,
Air mata jatuh kerana insani,
Walhal tiada yang lebih utama selain keredhoan Allah..


Kerana itu manusia hilang arah,
Kerana itu manusia hilang pertimbangan,
Kerana itu manusia mengadu domba,
Kerana itu manusia cetek fikirannya…


Kerana manusia lupa daratan,
Kerana lupa asal kejadian,
Kerana manusia lupa haq Pencipta,
Kerana manusia rakus dan tamak mengejar kemewahan,
Mengejar keindahan,
Yang hanya sementara, dipegang selagi terdaya,
Dipegang selagi tidak tidur,
Itu lah manusia,
Sementara sifatnya..

Manusia terpedaya,
Terpedaya untuk terus kekal berdiri,
Terpedaya untuk terus dalam kesesatan,
Terpedaya kerana nikmat usianya,
Walhal tercatat dalam rekod manusia tertua satu ratus tahun umurnya,
Tiada lagi rekod manusia yang hidup selama-lamanya..

Bahkan kehebatan atlet dalam dunia sukan akhirnya kecundang,
Dimamah usia, ajal pun tiba..
Angan-angan usah berpanjangan,
Usaha biar sahaja berterusan,
Matlamat biar kena tempatnya,
Kerana dunia abadi menanti,
Kerana ada penilai kanan dan kiri mengekori,
Penanda aras menentukan syurga atau neraka…