Mengejar bayang-bayang..
Mungkin kah satu realiti atau fantasi..
Bayang-bayang atau angan-angan..
Impian atau hasrat……
Mengecap kejayaan atau mengejar kejayaan..
Angan-angan yang panjang,
Impian yang terpendam,
Bermaknakah impian tanpa usaha,
Bermaknakah impian dengan bermenung sendirian,
Bermaknakah kata-kata tanpa penghayatan di jiwa….
Keringat yang mengalir mana mungkin setanding dengan mereka,
Mereka yang mengasah hujung pedang memartabatkan agama,
Mereka yang berjaga malam, pendek tidurnya,
Mengharap keredhoan Allah dalam usaha mereka..
Aku yang mudah mengeluh panjang,
Usaha pendek sejengkal tak sampai,
Air mata jatuh kerana insani,
Walhal tiada yang lebih utama selain keredhoan Allah..
Kerana itu manusia hilang arah,
Kerana itu manusia hilang pertimbangan,
Kerana itu manusia mengadu domba,
Kerana itu manusia cetek fikirannya…
Kerana manusia lupa daratan,
Kerana lupa asal kejadian,
Kerana manusia lupa haq Pencipta,
Kerana manusia rakus dan tamak mengejar kemewahan,
Mengejar keindahan,
Yang hanya sementara, dipegang selagi terdaya,
Dipegang selagi tidak tidur,
Itu lah manusia,
Sementara sifatnya..
Manusia terpedaya,
Terpedaya untuk terus kekal berdiri,
Terpedaya untuk terus dalam kesesatan,
Terpedaya kerana nikmat usianya,
Walhal tercatat dalam rekod manusia tertua satu ratus tahun umurnya,
Tiada lagi rekod manusia yang hidup selama-lamanya..
Bahkan kehebatan atlet dalam dunia sukan akhirnya kecundang,
Dimamah usia, ajal pun tiba..
Angan-angan usah berpanjangan,
Usaha biar sahaja berterusan,
Matlamat biar kena tempatnya,
Kerana dunia abadi menanti,
Kerana ada penilai kanan dan kiri mengekori,
Penanda aras menentukan syurga atau neraka…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment