alhamdulillah..fasa pertama sudah pun berakhir..walau bukan dengan jayanya..natijahnya, terlalu bermain dengan perasaan membuatkan kita hampir kecundang..membuatkan kita buta dengan alam sekitar..membuatkan kita tak endah herdik dan cacian orang sekeliling..bukannya kental..tapi kosong..bukannya pekak badak..tapi tuli..
mabrur 'alaik buat hatiku..buat jiwaku.. aku sayang kamu, aku sayang diriku.. segala yang berlalu bukan kenangan bagiku.. kerana segala-galanya itu membuatkan aku hilang arah..membuatkan aku lemah tiada daya.. tetapi Uzar(ustaz Zaharuddin) cakap segala-galanya itu bagus kerana membuatkan diriku merasa kecil di hadapan Allah.. menjadikan air mata tak henti bercucuran.. membuatkan malam ku bercahaya kerana takut amalan aku tidak lagi diterima.. tapi apa daya, aku hanyalah hambaNya.. aku menginginkan syurga Allah.. aku sedar siapalah aku untuk ditempatkan di situ.. tapi aku tak mahu menyerah diri kepada api neraka..
Aku tak dapat membayangkan kepedihan azab neraka.. Sedang orang yang pecah kepalanya, aku segera menoleh, menghela nafas yang cukup panjang, membuatkan aku dilema, termimpi-mimpi, apatah lagi seksaan api neraka yang ku tempah dahulu.. aku tempah?? kerana aku lupa aku hamba Allah.. aku menjadi hamba kepada perasaan ku.. aku tunduk pada cinta dunia ku.. hebatnya cinta ku ini andai aku adaptasikan buat Kholiqku.. masyuknya ibadahku..(T_T)
ye, aku benar-benar tersepit.. tapi pengharapanku tidak pernah putus.. aku mengharapkan segala yang aku impikan termakbul.. aku menginginkan keredhoan Mu ya Allah setelah acapkali berpaling dari ketaatan kepadaMu.. aku berharap aku akan mengikuti sunnah Rosulullah walau kadang-kadang diri ini malas, tapi melakukan sunnah itu sunat, sunat itu pahala, ku harapkan timbangan pahalaku lagi besar dari dosaku..ah, aku berangan lagi.. tapi bukankah itu satu doa??
aku ingin menjadi anak yang solehah, walau kerap kali aku menyakiti hati mereka dengan menyintai kekasihku lebih dari mereka.. kekasihku, maafkan aku, aku bukan isterimu, aku benar-benar berharap agar kita dijodohkan bersama.. ketaatan seorang isteri kepada suami pasti lebih dari ketaatan kepada ibu bapanya.. tapi ibu itulah yang melahirkan aku, sejauh mana aku cuba memendam perasaanku darinya, dia pasti merasai perasaanku.. kadang-kadang perasaanku membuatkan hatinya terluka, walau dia berselindung, tapi aku anaknya, aku pasti dapat menyelami hati ibuku..
aku juga ingin menjadi pelajar contoh..tapi aku sudah melampaui batas-batas aku.. aku tersepit antara kedudukan aku sebagai kadet dan pelajar.. kerana takut dikecam, aku meringankan status aku sebagai pelajar.. kerana takut dihukum, aku berpura-pura sakit untuk menyiapkan kerjaku di bilik.. aku punya kawan, tapi aku tak rasa kemanisan hubungan itu.. di kala susah aku dicari, di kala senang aku terpinggir.. mungkinkah aku terlalu lurus?? tapi itu semuanya sudah berlalu.. aku meniti zaman-zaman moden aku.. aku inginkan segala sesuatu yang memungkinkan aku bersama-sama dengan orang yang mendapat Rohmat Allah..
fasa kedua akan bermula.. apa yang aku citakan.. aku sebagai seorang muslimah sejati.. aku sebagai seorang muslimah yang penuh cahaya keimanan di wajahku.. aku sebagai seorang muslimah yang solat pada awal waktu.. aku sebagai seorang muslimah yang tak lupa pada tanggungjawabku.. aku sebagai seorang muslimah yang taat pada ibu bapa ku.. aku sebagai seorang muslimah yang menjaga kehormatan ku.. aku sebagai seorang muslimah yang tidak diragui kejujuranku.. aku sebagai seorang muslimah tak kedekut untuk menghulurkan bantuan atau sedeqah.. aku sebagai seorang muslimah, akak dan adik kepada adik-beradikku takkan lekang dari mendoakan kejayaan kalian semua dunia dan akhirat..
segalanya bermula di sini.......tiada kesempitan melainkan keluasan rohmat dan rezeki yang Allah beri..
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." Surah Asy-Syarh: 6
Friday, November 20, 2009
Wednesday, November 18, 2009
bermeGah-meGah
terasa hiba setiap kali ku tatapi kalam itu..satu persatu silap ku dipertonton.. kadang-kadang kita tak pernah menyedari itu satu kesilapan..tambah-tambah apabila kita seronok dan asyik melakukannya..di kala alam kejahilan, Allah mengutuskan nabi..di kala malam gelap, bulan memantulkan cahaya..di kala manusia sedang asyik tidur, ayam berkokok membangkitkan suasana..jatuh sakit dirasa, terhiris jari darah mengalir.. segala bentuk petunjuk dan panduan..
mengajar kita menerima seadanya, mengajar kita yang haq dan batil, memandu penumpang ke destinasi yang dituju, menjadi papan tanda bagi pemandu di jalanan supaya tidak sesat..
"bermegah-megahan telah melalaikan kamu. sampai kamu masuk ke alam kubur. sesekali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan mu itu). kemudian sesekali tidak! kelak kamu akan mengetahui. Sesekali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti. nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim.kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala sendiri. kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (kemegahan di dunia itu). " Surah At-Takatsur: 1-8
Bermegah-megahan dalam banyak aspek. anak-anak, harta, pengikut, kemuliaan, pangkat dan macam-macam lagi melalaikan kita dari ketaatan kepada Allah.. segala bentuk kemegahan yang membuatkan fikiran kita fokus terhadap kerjaya mengejar pangkat dan harta.. hingga lupa mensyukuri nikmat pemberian Allah ketika kita senang..di kala susah, seringkali manusia meratapi dugaan kecil dan menyalahkan taqdir yang menimpa.. pengikut yang ramai menjadi bahasa politik duniawi.. mungkin juga diklasifikan sebagai musyawarah..sejauh mana musyawarah yang ada kini..pentadbiran yang meletak agama sebagai sampingan..menjadikan agama untuk mengelabui mata manusia..mengambil agama mengikut keserasian dan kesesuaian kononnya..
akulah pemerintah..akulah berkuasa..aku menandatangani perjanjian..aku bisa membuatkan kehidupan rakyat menjadi lebih sejahtera..aku akan berusaha menaiktarafkan hidup masyarakat..siapa aku?? aku hanyalah hamba Allah.. "..kun fayakun.." "..jadi, maka jadilah.." siapa aku untuk menafikan kekuasaan Allah yang bisa mengubah segala sesuatu sekelip mata sahaja.. siapa aku untuk bersuara melebihi kudrat aku..aku hanya mampu menadah tangan dan berdoa..aku hanya mampu menasihati di kala aku ingat..itulah aku..itulah kita..wahai manusia..wahai makhluk Allah..

Monday, November 16, 2009
Kalam itu.....
helaian demi helaian ku belek..ku tatapi..ku dalami..segala persoalan yang bermain di minda acapkali ku temu jawabannya..bagai segalanya sudah direncanakan penuh rapi..bagai segalanya sudah terbuku dan tertulis..aku hanyalah watak utama dalam sebuah drama yang jelas ada pengarahnya, yang jelas berkata-kata, berlakon atas pada skrip yang dinukil..hadiah ini sungguh bermakna buatku..sebuah mahar yang ku pasti takkan persia-siakan..hati kecil ini kadang-kadang merajuk..kadang-kadang ku menjauhi kalam itu..ku jadi buntu..ku jadi gersang..ku jadi hiba..natijahnya, ku akui tiada guna rajukku pada kalam itu..kerana padanya kedamaian, kerana padanya ketenangan, kerana padanya duri yang cukup tajam..itu lah benteng aku sebenarnya..
aku puas memikirkan mengapa seorang muslim mengucupi kalam itu setelah membacanya.. lantas ku jadikan adat.. kalam itu ku junjung, sekadar hiasan..sekadar mengakui aku seorang muslim.. hingga lah aku menyedari kalam itu bukan sekadar hiasan..bukan jua sekadar bacaan yang dilagukan untuk menghiburkan hati..bukan sekadar mendabik dada mengatakan aku seorang hafizah..bukan jua sekadar berlumba-lumba mengkhatamkannya..bukan, itu hanya sekadarnya..
intipati-intipati yang tersurat dan tersirat..segalanya menjelaskan segala yang pudar..segalanya mewarnai hidup yang hambar..segalanya menjelaskan laluan kemenangan.. segalanya membuka rezeki yang baik dan halal..sekadar aku perlu mencari dan menghayati.. kerana kalam itu ruang bicara Allah kepada hambaNya..
aKu lah puncanya
tidak perlu jari ini menuding..
pokok pangkal keputusan dalam genggaman..
buruk baik natijahnya..
gembira hampa akibatnya..
lidah tak henti bertutur nista..
hati tak henti memendam rasa..
dendam menyala dan membakar..
musuh durjana menguasai..
fikiran terhijab dek aqal yang sempit..
anggota bergerak lemah tiada daya..
nafsu merajai..
syaitan terbahak-bahak geli hati..
kejayaan dikecap..
melekakan muslim, menyesatkan insan..
berkawan dengan musuh..
tidak senang melihat kebahagiaan temannya..
malaikat rakib dan atid sibuk mencatit..
kanannya menanti-nanti..
kirinya tak menang tangan..
taat dan terus tekun..
tiada diskaun, tiada timbang rasa..
penuh dedikasi..
teman dan jua musuh..
pujian dan jua hina..
untung dan jua hampa..
gembira dan jua sedih..
tenang dan jua marah..
semuanya gambaran dari hati yang terdidik..
kerana akulah puncanya..
penyebab kerosakan hati..

Saturday, November 14, 2009
apaBiLa berKasih
ibarat air yang mengalir..
akhirnya ketemu jua di penghujungnya..
cinta yang penuh onak dan duri..
pasti indah di akhirnya..
siapa yang dapat menduga segala yang terjadi..
semuanya telah tertulis sejak azali lagi..
hakikat, percintaan.. tiada batas..
tiada yang mampu menghalang keinginan yang membuak-buak..
hadirnya tanpa dipaksa..
hadirnya membuat diri dibuai angan-angan..
mabuk hingga leka..
mabuk hingga merasakan diri dicintai..
bertepuk sebelah tangankah ketika itu??
mungkin juga tidak..
cinta itu membuatkan diri ingin berlari kepadaNya..
langkah terlalu lemah..
kurang upaya kerana kurang semangat..
kerana kurangnya keimanan..
kerana kurangnya ketaqwaan dalam diri..
kurang amalan untuk mendapatkan cintaNya..
umpama berlari marathon..
kurang latihan..termengah-mengah untuk sampai ke penghujung..
setakat bermimpi memegang piala..
tak mungkin berjaya tanpa usaha yang gigih..
tanpa bakat yang digilap..
tanpa smangat yang kental..
andai 10 km sudah mengalah..
mana mungkin 42 km berjaya ditempuhi..
apabila berkasih..
akanku pastikan bahagia di akhirnya..
derita dan luka yang berdarah pasti kubaluti..
hingga hilang segala parut..
umpama masa yang pasti takkan berulang..
begitu juga segala kisah silam yang menghantui..
segala-galanya tiada lagi..
bak bayi yang baru lahir..
bersih dari segala dosa dan noda..
putih warnanya..lalu diwarnai..
itulah manusia dengan taubat nasuhanya..
bekalan bertemu kekasih abadi..
demi redho yang diimpi..

Wednesday, November 11, 2009
bila kata didusta
kerana lidah..hancur badan binasa...mampukah ku biarkan lidah ini kelu tanpa sebarang kata.. bukankah diam itu lebih baik dari berkata-kata..mungkinkah kata-kata itu hakikatnya penuh kejujuran namun akhirnya dicemari dengan fitnah dan mengadu domba..dan mungkinkah umpatan dari hati yang kurang sihat apabila dengki dan cemburu merajai di kalbu..
allisan....
berkata-katalah dengan segala sesuatu yang indah dan baik untuk didengar..
arra'yu....
pandanglah dengan segala sesuatu yang menyebabkan cintamu kepadaNya bercambah dan kian subur ibarat dibajai..
alqolb....
berkehendaklah kepada segala sesuatu yang mendorongku lebih hampir kepadanya..tetaplah dirimu pada jalan yang tiada bengkok..tiada simpang siur..kerana matlamat kita hanyalah satu..hidup matiku keranaNya..

Tuesday, November 10, 2009
ku InginkaN kelainaN
musafir di bumi sendiri..ku tercari-cari ke mana haluan ku..ke mana harus ku tuju?? tidak sedikit pun ku nampak dunia ini menghiburkan hatiku..tidak sedikit ku nampak dunia ini mampu menjadi syurga buatku..sementara dunia, selama-lamanya akhirat di sana..
aku masih belum nampak destinasiku..aku cuma tahu hiburan..gelak tawa..keseronokan..'shopping'..kecantikan..kemewahan..seks..huh..semua itu bermaharajalela..mungkinkah hanya dalam diriku atau semua yang mengejar keseronokan duniawi..tetapi aku tak nampak semua itu menghiburkan hatiku..di balik keriangan wajahku..aku menangis..meratapi hari mukaku.. duniaku..aku leka di dalammu..tp aku tahu natijah di sebalik kelekaanku..
aku ingin sahaja menjadikan segala-galanya bermakna buatku..
hiburan?? aku galak menyanyi, berkaraoke..menghiburkan hati ku yang lara..kononnya..puaskah aku menjerit, melalak sesuka hati..haha.. tidak..aku tidak puas.. mungkinkah hiburan sebenar-benarnya hiburan yang telah dinukilkan.. disusun ayatnya.. menjadikan aku terkinja-kinja memahami dan meneliti segala yang tersirat..aku cuba menggapai intipatinya..tapi aku gersang..aku tak pasti mungkinkah aku mampu mengecapinya..demi syurga yang mengalir jernih airnya..buah-buah enak ku petik sesuka hatiku..bidadara yang sentiasa mengelilingi aku..mungkinkah juga bakal suamiku??
bakal suamiku?? patutkah aku memikirkannya?? atau aku membiarkan sahaja segala yang telah tercatat buatku hadir melamari ku..aku sebenarnya sudah terkandas dalam soal hatiku..aku terlalu cepat melatah..cepat menerima..tanpa soal selidik..kononnya aku mampu mempertahankan kesucian ku..rupa-rupanya..itulah kayu pengukur keimanan ku yang telah dinodai..baru kini ku mengerti bahana cinta insani..tiada guna ku berpatah arang..kerna tak mungkin bercantum balik..
gelak tawa ku sekadar mengaburi mata yang memandang atas segala kekecewaan ku menilai agama pada manusia-manusia kolot..yang hanya mengerti hidup kita tiada penghujungnya..tapi Allah itu Maha Penyayang..ya Allah, aku tak mahu terus bergelumang dengan maksiat..aku mencintai agamaku, aku membenci segala bentuk maksiat..aku mencintai mujahidah-mujahidah ansurullah..aku mencintai si pemakai-pemakai jilbab hanya kerana redhoMu..tapi aku tak mampu untuk bersama mereka..ya Allah bawakanlah aku bersama-sama mereka menggapai redhoMu..
La haula wala quwwata illa billah...
ya Allah, tiada daya aku melakukan kebaikan melainkan dengan izinMu dan tiada daya aku mencegah diriku dari melakukan kemungkaran melainkan dengan izinMu..

Aku diUji??
apabila manusia diuji, dia mula mengeluh..mengapa aku yang terpilih??mengapa aku yang diuji??
air mata mula membasahi jernih wajahku.. mengapa keimananku dinodai?? sedang aku tak mampu menghadapi semua ini..mengapa aku?? Engkau berfirman, sesungguhnya segala yang Engkau beri sesuai dengan kemampuan Hamba2Mu..Tapi aku tidak mampu..aku tidak mampu melalui semua itu.. sedikit demi sedikit hilang..sedikit demi sedikit ma'siat mula merajai aku..
Sedikit demi sedikit Engkau tarik.. Engkau tarik sikap malu aku...Engkau tarik sikap amanah aku.. Engkau tarik sikap2 mahmudah yang telah aku tanam pada zaman aman aku..Terjadinya zaman huru hara, aku resah..aku gelisah...aku tak tahu di mana mampu ku berpaut..Engkau mendatangkan aku dengan seorang rijal..aku sangka Engkau mendatangkannya sebagai tempat aku bersandar..tapi dia datang sebagai perosak, sebagai pemusnah Syauqah yang aku asah selama ini..
Air mata ku terus berguguran..
Arrijalul hasan..
kembalilah pada aku..
aku kesal meminta sesuatu yang tak mungkin aku dapat..
kerana aku sendiri tak mampu membentengi diri aku..
Arrijalus soleh..
sudikah engkau menjadi imam aku..
imam seorang wardah yang sudah hilang harumnya jua serinya..
Ya Allah..
Tiada lagi tempat aku merayu..Ku dambakan cintaMu yang telah aku permainkan..ku mengkhianati janjiku padaMu..sudikah Engkau memaafkan aku..setelah aku berulang kali mempermainkan kepercayaanMu kepadaku..sudikah Engkau memandang ku kembali dengan belas ihsan dan memaafkan segala salah silapku...
tangisan menyelubungi hati ku.. mata membengkak..hati berdarah..aku belum diuji..aku belum diuji sehebat Sumaiyah..Asiyah..Mashitoh..tp aku sudah terkandas....ah..aku malu..aku malu menghadapi ujianMu sekecil debu yang tak mampu aku hadapi..aku malu ya Allah..aku malu.. pandanglah aku..
ya Allah..
aku akan mati..aku lupa tiada manusia yang kekal..umurku sudah melewati zaman dewasa..wajahku mula dimakan usia..kekuatan ku reput tak terjana kerna pertumbuhan yang sudah terbantut...jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur..ya Allah jadikanlah aku di kalangan hambaMu yang taat kepada Mu..aku rindukan syurgaMu..

Subscribe to:
Posts (Atom)