Wednesday, November 11, 2009

bila kata didusta

kerana lidah..hancur badan binasa...mampukah ku biarkan lidah ini kelu tanpa sebarang kata.. bukankah diam itu lebih baik dari berkata-kata..mungkinkah kata-kata itu hakikatnya penuh kejujuran namun akhirnya dicemari dengan fitnah dan mengadu domba..dan mungkinkah umpatan dari hati yang kurang sihat apabila dengki dan cemburu merajai di kalbu..

allisan....
berkata-katalah dengan segala sesuatu yang indah dan baik untuk didengar..

arra'yu....
pandanglah dengan segala sesuatu yang menyebabkan cintamu kepadaNya bercambah dan kian subur ibarat dibajai..

alqolb....
berkehendaklah kepada segala sesuatu yang mendorongku lebih hampir kepadanya..tetaplah dirimu pada jalan yang tiada bengkok..tiada simpang siur..kerana matlamat kita hanyalah satu..hidup matiku keranaNya..

No comments: