tidak perlu jari ini menuding..
pokok pangkal keputusan dalam genggaman..
buruk baik natijahnya..
gembira hampa akibatnya..
lidah tak henti bertutur nista..
hati tak henti memendam rasa..
dendam menyala dan membakar..
musuh durjana menguasai..
fikiran terhijab dek aqal yang sempit..
anggota bergerak lemah tiada daya..
nafsu merajai..
syaitan terbahak-bahak geli hati..
kejayaan dikecap..
melekakan muslim, menyesatkan insan..
berkawan dengan musuh..
tidak senang melihat kebahagiaan temannya..
malaikat rakib dan atid sibuk mencatit..
kanannya menanti-nanti..
kirinya tak menang tangan..
taat dan terus tekun..
tiada diskaun, tiada timbang rasa..
penuh dedikasi..
teman dan jua musuh..
pujian dan jua hina..
untung dan jua hampa..
gembira dan jua sedih..
tenang dan jua marah..
semuanya gambaran dari hati yang terdidik..
kerana akulah puncanya..
penyebab kerosakan hati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment