Saturday, November 14, 2009

apaBiLa berKasih

ibarat air yang mengalir..
akhirnya ketemu jua di penghujungnya..
cinta yang penuh onak dan duri..
pasti indah di akhirnya..
siapa yang dapat menduga segala yang terjadi..
semuanya telah tertulis sejak azali lagi..

hakikat, percintaan.. tiada batas..
tiada yang mampu menghalang keinginan yang membuak-buak..
hadirnya tanpa dipaksa..
hadirnya membuat diri dibuai angan-angan..
mabuk hingga leka..
mabuk hingga merasakan diri dicintai..
bertepuk sebelah tangankah ketika itu??

mungkin juga tidak..
cinta itu membuatkan diri ingin berlari kepadaNya..
langkah terlalu lemah..
kurang upaya kerana kurang semangat..
kerana kurangnya keimanan..
kerana kurangnya ketaqwaan dalam diri..
kurang amalan untuk mendapatkan cintaNya..

umpama berlari marathon..
kurang latihan..termengah-mengah untuk sampai ke penghujung..
setakat bermimpi memegang piala..
tak mungkin berjaya tanpa usaha yang gigih..
tanpa bakat yang digilap..
tanpa smangat yang kental..
andai 10 km sudah mengalah..
mana mungkin 42 km berjaya ditempuhi..

apabila berkasih..
akanku pastikan bahagia di akhirnya..
derita dan luka yang berdarah pasti kubaluti..
hingga hilang segala parut..
umpama masa yang pasti takkan berulang..
begitu juga segala kisah silam yang menghantui..
segala-galanya tiada lagi..

bak bayi yang baru lahir..
bersih dari segala dosa dan noda..
putih warnanya..lalu diwarnai..
itulah manusia dengan taubat nasuhanya..
bekalan bertemu kekasih abadi..
demi redho yang diimpi..

No comments: