alhamdulillah..fasa pertama sudah pun berakhir..walau bukan dengan jayanya..natijahnya, terlalu bermain dengan perasaan membuatkan kita hampir kecundang..membuatkan kita buta dengan alam sekitar..membuatkan kita tak endah herdik dan cacian orang sekeliling..bukannya kental..tapi kosong..bukannya pekak badak..tapi tuli..
mabrur 'alaik buat hatiku..buat jiwaku.. aku sayang kamu, aku sayang diriku.. segala yang berlalu bukan kenangan bagiku.. kerana segala-galanya itu membuatkan aku hilang arah..membuatkan aku lemah tiada daya.. tetapi Uzar(ustaz Zaharuddin) cakap segala-galanya itu bagus kerana membuatkan diriku merasa kecil di hadapan Allah.. menjadikan air mata tak henti bercucuran.. membuatkan malam ku bercahaya kerana takut amalan aku tidak lagi diterima.. tapi apa daya, aku hanyalah hambaNya.. aku menginginkan syurga Allah.. aku sedar siapalah aku untuk ditempatkan di situ.. tapi aku tak mahu menyerah diri kepada api neraka..
Aku tak dapat membayangkan kepedihan azab neraka.. Sedang orang yang pecah kepalanya, aku segera menoleh, menghela nafas yang cukup panjang, membuatkan aku dilema, termimpi-mimpi, apatah lagi seksaan api neraka yang ku tempah dahulu.. aku tempah?? kerana aku lupa aku hamba Allah.. aku menjadi hamba kepada perasaan ku.. aku tunduk pada cinta dunia ku.. hebatnya cinta ku ini andai aku adaptasikan buat Kholiqku.. masyuknya ibadahku..(T_T)
ye, aku benar-benar tersepit.. tapi pengharapanku tidak pernah putus.. aku mengharapkan segala yang aku impikan termakbul.. aku menginginkan keredhoan Mu ya Allah setelah acapkali berpaling dari ketaatan kepadaMu.. aku berharap aku akan mengikuti sunnah Rosulullah walau kadang-kadang diri ini malas, tapi melakukan sunnah itu sunat, sunat itu pahala, ku harapkan timbangan pahalaku lagi besar dari dosaku..ah, aku berangan lagi.. tapi bukankah itu satu doa??
aku ingin menjadi anak yang solehah, walau kerap kali aku menyakiti hati mereka dengan menyintai kekasihku lebih dari mereka.. kekasihku, maafkan aku, aku bukan isterimu, aku benar-benar berharap agar kita dijodohkan bersama.. ketaatan seorang isteri kepada suami pasti lebih dari ketaatan kepada ibu bapanya.. tapi ibu itulah yang melahirkan aku, sejauh mana aku cuba memendam perasaanku darinya, dia pasti merasai perasaanku.. kadang-kadang perasaanku membuatkan hatinya terluka, walau dia berselindung, tapi aku anaknya, aku pasti dapat menyelami hati ibuku..
aku juga ingin menjadi pelajar contoh..tapi aku sudah melampaui batas-batas aku.. aku tersepit antara kedudukan aku sebagai kadet dan pelajar.. kerana takut dikecam, aku meringankan status aku sebagai pelajar.. kerana takut dihukum, aku berpura-pura sakit untuk menyiapkan kerjaku di bilik.. aku punya kawan, tapi aku tak rasa kemanisan hubungan itu.. di kala susah aku dicari, di kala senang aku terpinggir.. mungkinkah aku terlalu lurus?? tapi itu semuanya sudah berlalu.. aku meniti zaman-zaman moden aku.. aku inginkan segala sesuatu yang memungkinkan aku bersama-sama dengan orang yang mendapat Rohmat Allah..
fasa kedua akan bermula.. apa yang aku citakan.. aku sebagai seorang muslimah sejati.. aku sebagai seorang muslimah yang penuh cahaya keimanan di wajahku.. aku sebagai seorang muslimah yang solat pada awal waktu.. aku sebagai seorang muslimah yang tak lupa pada tanggungjawabku.. aku sebagai seorang muslimah yang taat pada ibu bapa ku.. aku sebagai seorang muslimah yang menjaga kehormatan ku.. aku sebagai seorang muslimah yang tidak diragui kejujuranku.. aku sebagai seorang muslimah tak kedekut untuk menghulurkan bantuan atau sedeqah.. aku sebagai seorang muslimah, akak dan adik kepada adik-beradikku takkan lekang dari mendoakan kejayaan kalian semua dunia dan akhirat..
segalanya bermula di sini.......tiada kesempitan melainkan keluasan rohmat dan rezeki yang Allah beri..
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.." Surah Asy-Syarh: 6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
salam..
entri yang sangat bermakna pada saya, saya kagum membacanya.
menjadi anak yang soleh adalah impian semua insan,
Sabda Rasulullah s.a.w :
اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya.
Proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
moga allah swt memberi rahmat pada anda..
p/s: terima kasih sudi singgah di blog saya yang tak seberapanya tu.
Post a Comment